Selasa, 24 Ogos 2010

World Youth Day




Hari Belia Sedunia (World Youth Day) 28hb Mac 2010.

TKBK Paroki St. Patrick Membakut juga tidak melepaskan peluang untuk merayakan Hari Belia Sedunia ini yang juga jatuh pada Minggu Palma.

Tema bagi WYD 2010 diambil daripada Kolose 2:7 “Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur.”

Program ini dimulakan dengan lagu puji-pujian dan doa pembukaan yang dipimpin oleh Rev. Fr. Ronnie Luni selaku penasihat Rohani TKBK.

Rev. Fr. Ronnie Luni juga memberikan beberapa input mengenai tema WYD tahun ini sebagai santapan rohani belia.

Beberapa orang Belia senior dan veteran dijemput untuk memberikan perkongsian iman serta pengalaman mereka sepanjang melayani sebagai Belia d paroki ini. Antaranya ialah Pn. Paola Wong, En. Maximillian Maturin dan juga Cik Marciana Maturin.

Acara sukaneka diantara para belia juga turut diadakan pada sebelah petang bagi menyemarakkan lagi program ini.

Program ini diakhiri dengan doa penutupan yang dipimpin oleh pengerusi Belia Saudara Christopher Sintoh.




Rev. Fr. Ronnie memberikan input mengenai tema WYD



















Rev. Fr. Ronnie dan Pengerusi Belia bergambar bersama Belia Vateran dan senior








TKBK St. Patrick Membakut









ready... get set... GOOOOO






















Khusyuk mendengar arahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan