Khamis, 6 Mei 2010

REKOLEKSI PEMBAWA KHABAR GEMBIRA (KAROLING) 4HB-5HB DISEMBER 2009

Pada 4hb-5hb Disember 2009 Paroki St. Patrick Membakut dengan jayanya telah berhasil mengadakan Rekoleksi Pembawa Khabar Gembira (Karoling). Rekoleksi ini dapat dilaksanakan berkat doa para AJKT dan juga atas bantuan serta sumbangan umat-umat Paroki St. Patrick yang sangat bermurah hati.

Rekoleksi selama 2 hari ini disertai oleh lebih daripada 100 orang peserta daripada setiap KUK/KKD. Objektif bagi rekoleksi ini adalah bagi :
1) Membawa para pembawa khabar gembira untuk lebih mengetahui dan mendalami APAKAH ITU PEMBAWA KHABAR GEMBIRA.
2) Membawa para pembawa khabar gembira untuk lebih mengetahui PERANAN, KOMITMEN dan DISIPLIN sebagai pembawa khabar gembira.

Sesi-sesi yang disampaikan sepanjang Rekoleksi :

1) SESI I - Rev. Fr. Bede
- Apakah itu Karoling
- Penerangan mengenai Advent & Krismas

2) SESI II - Sr. Judith
- Peranan & Komitmen pembawa Khabar Gembira

3) SESI III - Sdri. Janevvey Stephen
- Tentatif pembawaan karoling dan disiplin

Hasil evaluasi daripada program ini ialah 97% adalah positif dan memberi satu sukacita kepada pihak AJK yang telah berusaha keras bagi menjayakan program ini. Pihak AJK berharap rekoleksi pada tahun yang akan datang mendapat penyertaan dan pandangan yang lebih positif lagi.





doa pembukaan bagi setiap sesi





tunggu masa untuk makan.... hehhhe...





gitaris harapan bangsa daripada setiap KUK/KKD




senaman pagi yang dipimpin oleh Jovinia dan Adeline