Khamis, 29 Oktober 2009

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 25HB OKTOBER 2009





Hari kanak-kanak Sedunia ini berlangsung pada 25hb Oktober 2009 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Gereja St. Patrick Membakut. Program ini disertai oleh 120 orang kanak-kanak tidak termasuk penglibatan ibu bapa.

Pelaksana program ini ialah dari Komiti Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) di bawah Komiti Liturgi. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat usahasama semua AJK Pelaksana dan Pimpinan kuat dari Pengerusi LSKK saudari Jovinia Ukkian dan Timbalan Pengerusi Pn. Roseneh Saiki.

Program ini juga menerima bantuan kewangan, sokongan dan nasihat dari pihak Majlis Pastoral Paroki yang dipengerusikan oleh Encik James Kilon.

Tidak lupa juga bagi semua ibu-bapa kanak-kanak yang memberi sokongan dari segi kewangan dan juga bantuan makanan serta penyertaan mereka di dalam program ini yang banyak membantu menjayakan lagi program ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ielaha; senam aerobik, Mengutip gula-gula, Freeze dance, menyelesaikan liub dan tiup belon. Program ini selesai pada jam 2 petang.

"Syabas dan Syukur Tuhan!!!! Diucapkan kepada semua AJK pelaksana LSKK atas kejayaan melaksanakan Program Hari Kanak-kanak Sedunia!!!"