Ahad, 27 Disember 2009

PEREKA LOGO KBK3


Logo yang menjadi kebanggaan.

Pada 6hb Disember 2009 Ahad jam 10.00 pagi telah berlangsung pelancaran KBK3 bertempat di Katedral St. Francis Xavier Keningau. Semasa pelancaran tersebut telah diumumkan Pereka logo bagi KBK3 yang akan berlangsung di St. Theressa Tambunan pada 7hb-11hb Jun 2010 telah dimenangi oleh belia daripada St. Patrick Membakut iaitu saudara Roland Ukkian.



dari kiri : Janevvey Stephen, Fr. Ronie Luni, Loius James Kilon, Edith Clara dan Roland Ukkian



Bergambar bersama sijil penghargaan

Khamis, 12 November 2009

REKOLEKSI BELIA AKHIR TAHUN


Para peserta Rekoleksi Belia Akhir Tahun

Pada 6hb & 7hb November 2009, Pihak Komisi Belia Keningau telah menganjurkan Rekoleksi Belia akhir tahun bagi sesi 2009 bertempat di Rumah Retret Purun Kuala Penyu.

Rekoleksi ini disertai oleh 98 orang belia dari seluruh Keuskupan Keningau yang rata-ratanya terdiri daripada AJKT TKBK Paroki masing-masing.


Wakil KBK St. Patrick Membakut bersama Fr. Ronnie Luni dan Bro. Charles

Paroki St. Patrick Membakut juga telah menghantar 12 orang belia sebagai wakil ke Rekoleksi ini:
Christopher Sintoh (pengerusi belia)
Baxter Henry (Tim. Pengerusi/ Biro Koir & Musik KBK/ Team Komisi)
Edith Clara (S/U)
Jovinia Ukkian (Pen. S/U)
Janevvey Stephen (Bendahari)
Roland Ukkian (Biro Sukan & Rekreasi)
Fletcher George (Biro Publisiti)
Maureen Maurice (Pengerusi KBK KKD Sg. Damit)
Doris Mailis (Pengerusi KBK KKD Kg. Takapan)
Shirney Jane Paul (Pengerusi KBK KKD Kg. Bawan)
Jeniffer Jipon (S/U KBK KUK Sinoko)
Emily Esther Tsen (Team Support).

Program ini dimulakan dengan Misa pembukaan Oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

Penceramah yang menjayakan program ini antaranya ialah Rev. Fr. Ronnie Luni dan juga Sr. Tina Basil.

Khamis, 29 Oktober 2009

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 25HB OKTOBER 2009





Hari kanak-kanak Sedunia ini berlangsung pada 25hb Oktober 2009 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Gereja St. Patrick Membakut. Program ini disertai oleh 120 orang kanak-kanak tidak termasuk penglibatan ibu bapa.

Pelaksana program ini ialah dari Komiti Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) di bawah Komiti Liturgi. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat usahasama semua AJK Pelaksana dan Pimpinan kuat dari Pengerusi LSKK saudari Jovinia Ukkian dan Timbalan Pengerusi Pn. Roseneh Saiki.

Program ini juga menerima bantuan kewangan, sokongan dan nasihat dari pihak Majlis Pastoral Paroki yang dipengerusikan oleh Encik James Kilon.

Tidak lupa juga bagi semua ibu-bapa kanak-kanak yang memberi sokongan dari segi kewangan dan juga bantuan makanan serta penyertaan mereka di dalam program ini yang banyak membantu menjayakan lagi program ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ielaha; senam aerobik, Mengutip gula-gula, Freeze dance, menyelesaikan liub dan tiup belon. Program ini selesai pada jam 2 petang.

"Syabas dan Syukur Tuhan!!!! Diucapkan kepada semua AJK pelaksana LSKK atas kejayaan melaksanakan Program Hari Kanak-kanak Sedunia!!!"

Jumaat, 23 Oktober 2009

PESTA KOIR DAN LAGU-LAGU MAZMUR

Buat julung-julung kalinya Paroki St. Patrick Membakut mengadakan Pesta Koir dan Lagu-lagu Mazmur yang berlangsung pada 5hb September 2009(Sabtu) jam 5.00 petang. Program ini dijalankan di Dewan Gereja Paroki. Pelaksanaan program ini adalah dibawah Komiti Liturgi yang dipengerusikan oleh Pn. Florence Dulau. Penasihat Rohani bagi program ini ialah Rev. Fr. Paul Mikin.

Latihan teknik Vokal bagi para Pemazmur dijalankan lebih awal daripada tarikh program ini berlansung dan di bawah pimpinan Pn. Rotiwa Jilen dan En. Baxter Henry. Latihan ini bertujuan bagi memperbaiki lagi cara penyampaian atau vokal para Pemazmur yang sedia ada.

Program ini juga mendapat penyertaan Koir daripada KKD dan Komiti-komiti. Lagu-lagu Koir yang dipertandingankan ialah bertemakan Musim Advent. Lagu mestilah berkonsepkan pengharapan dan hasil karya asal dan bukannya ciplak.

Pemazmur:
1) Pn. Martina Konong
Melodi : Ratapan oleh Pn. Rotiwa Jilen

2) Pn. Jordana Matius
Melodi : Ratapan oleh Pn. Rotiwa Jilen

3) Pn. Christina Sintoh
Melodi : Ratapan oleh Pn. Christina Sintoh

4) Pn. Doris Mailis
Melodi : Sukacita oleh Sdri. Helda Nancy Henry

5) Sdri. Florence Joseph
Melodi : Sukacita oleh Sdri. Edith Clara

6) Sdri. Rozitah Florence
Melodi : Ratapan oleh Sdri. Rozitah Florence



dari kiri : En. Johnny Guntabid, Rozitah Florence (Pemenang lagu-lagu Mazmur), Rev. Fr. Paul


Kumpulan Koir
1) KKD Sg. Damit
Tajuk : Terpujilah Dia
Lyrik : Joan Richella Richard & Helda nancy Henry
Melodi : Helda Nancy

2) Belia COY & Altar server
Tajuk : Janji tuhan
Lyrrik : Edith Clara
Melodi : Roland Ukkian & Adrian Kornalius

3) KKD St. Benjamin Tahak
Tajuk : Sinar Kemuliaan

4) KKD. St. Edward Bawan
Tajuk : Kedatangan Mu Tuhan
Lyrik : Fresella Gintek
Melodi : Ferdinand Ferry Paulus

5) KKD Takapan
Tajuk : Keselamatan Bagi Dunia
Lyrik : Helda Nancy Henry
Melodi : Helda Nancy Henry




Pemenang Lagu-lagu koir
KKD St. Benjamin Tahak

Khamis, 22 Oktober 2009

Bengkel Teknik Vokal 20hb-21hb Mac 2009

Bengkel Teknik Vokal dianjurkan oleh Komiti A.K.L.M.A.S.I dengan Pengerusi Program ialah Sdra. Baxter Henry dan penasihat ialah Rev. Fr. Paul Mikin. Bengkel ini diadakan dengan tujuan memantapkan lagi vokal ahli-ahli koir di Paroki St. Patrick Membakut.


latihan Bubling (lucu tapi musti serius)

Bengkel ini disertai oleh seramai 60 orang peserta daripada KKD/KUK Paroki Membakut dan juga penyertaan dari Umat Bongawan.


Khusyuk mendengar nie..


Para Peserta Bengkel


Para AJK Pelaksana

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Bengkel ini. Tidak lupa juga bagi semua penceramah yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada koir Paroki Membakut untuk lebih maju dan berkembang di dalam pujian lagu-lagu liturgi.


Rev. Fr. Paul Mikin (SD)


(Penceramah)En. Baxter Henry


(Penceramah) En. Johnny Guntabid


(Penceramah) Pn. Rotiwa Jilen