Ahad, 13 Mei 2012

STUDY DAY
Gereja St. Patrick Membakut mengadakan STUDY DAY pada 26hb-28hb September 2010. Study Day ini disertai oleh 48 orang belia yang terdiri daripada setiap KUK dan KKD di Paroki ini. Para penceramah adalah daripada KOMISI BELIA KEUSKUPAN KENINGAU. Objektif program ini adalah bagi membangunkan semangat pelayanan di dalam diri para belia dan menyedarkan para belia untuk melayani dengan sungguh.
makan time... muaahahahhah
Pengerusi Belia Keuskupan & Pengerusi Belia St. Patrick Membakut

Khamis, 21 Oktober 2010

Pesta Kaamaatan, UTK-17 & PENERIMAAN KRISMA (PENGUATAN)






Pesta Kaamaatan, UTK-17 & PENERIMAAN KRISMA (PENGUATAN)
Paroki St. Patrick Membakut telah merayakan Ulang Tahun Keuskupan yang ke-17(UTK-17) pada 13hb Jun 2010 bersamaan dengan hari Ahad. Perayaan ini dimulakan dengan Misa Kudus di dalam gereja sekali gus menyaksikan penerimaan Minyak Krisma kepada setiap pelajar Krisma.

Misa Kudus dirayakan oleh Yang berhormat Bishop Datuk Cornelius Piong bersama dengan Rev. Fr Bede Antonius. Majlis bagi merayakan UTK-17 dan juga Pesta Kaamatan ini di adakan di Dewan Gereja selepas Misa Kudus berakhir.









Koir semasa Misa Kudus









Persembahan koir pembukaan.








Pemotongan kek SINOMPUAN oleh Bishop.






Persembahan tarian sumazau oleh kanak-kanak






Persembahan tarian sumazau oleh KUK Sinoko

Selasa, 7 September 2010

PERSIAPAN ROHANI KBK3







Persiapan Rohani KBK3 ini diadakan pada tanggal 14hb-16hb Mei 2010 selama 3 hari 2 malam di Paroki St. Patrick Membakut. Persiapan ini disertai oleh 40 orang daripada 48 orang peserta KBK3.

Objektif persiapan ini dijalankan adalah untuk mempersiapkan diri para pesreta sebelum menyertai KBK3 di St. Theresa Tambunan.

Pemberi sesi dan AJK dalam Persiapan ini terdiri daripada:
1) Rev. Fr. Ronnie Luni – Pemberi sesi & Pembimbing Rohani
2) Christopher Sintoh – Pengerusi Pelaksana & Taklimat
3) Edith Clara George – Setiausaha/ Pemberi Sesi
4) Jovinia Ukkian – Pembantu setiausaha/ DOA/sharing
5) Maria Valentine – Bendahari/bajet
6) Florence Kapat – Bendahari KBK3/ bajet
7) Roland Ukkian – PA Sistem/ LOGO/ Sketsa
8) Kevin George – Liturgi/DOA
9) Janevvey Stephen – Pengacara/ penginapan/sharing
10) Gloria Gabriel – Pendaftaran


Antara program dalam persiapan ini ialah
- Taklimat/ suai kenal
- Pengenalan lagu dan action song KBK3
- Sharing
- Sejarah dan pengenalan Logo
- Pentakhtaan Alkitab
- SESI I : Pergi jual dan berikan kepada yang memerlukan
- SESI II : Firman Tuhan sebagai sumber keselamatan
- SESI III : Sejarah World Youth Day & pesanan Pope
- AKU & KBK3
- Aku Menjayakan KBK3
- Adorasi

Puji Syukur kepada kemurahan dan cinta kasih Tuhan yang sungguh indah kerana kehadiranNya di dalam setiap program yang telah dirancang. Persiapan Rohani ini dapat berjalan dengan lancer dan memberansangkan

Setiap peristiwa yang dialami baik di dalam peserta mahupun para AJK penganjur sungguh bernilai dan berharga. Semoga pengalaman yang dialami di dalam Kristus Yesus ini menjadi dasar atau tapak yang kuat di dalam peribadi semua agar lebih berbuah di dalam pelayanan.








AJK perempuan










AJK Lelaki














Rev. Fr. Ronnie memberi sesi











Telefon Bimbit disimpan AJK sepanjang sesi bagi mengelakkan para peserta hilang fokus
















Para peserta bergabung dalam satu bulatan yang besar -SHARING












Terharu berbaur sukacita saat Yesus menyentuh hati para peserta











EXPLORE RACE oleh Roland Ukkian












ACTION SONG KBK3 di dalam Gereja







PERAYAAN MINGGU SUCI DI PAROKI ST. PATRICK MEMBAKUT





Perayaan Minggu Suci yang dimulakan dengan Minggu Palma jatuh pada tanggal 28hb Mac 2010. Paderi yang melayani dalam perayaan Minggu Palma di Paroki ini ialah Rev. Fr. Ronnie Luni.

Misa Kudus dimulakan di luar kawasan Gereja iaitu di pentas terbuka. Paderi memberkati daun-daun palma dengan percikan air berkat dan kemudian membawa semua umat berarak menuju ke dalam gereja dengan menjulang-julang daun palma ke atas.

Perayaan ini adalah bagi kita semua mengenangkan kembali peristiwa Yesus yang dielu-elukan di Yerusalem dengan hamparan daun palma di atas tanah. Minggu Palma turut membawa kita untuk masuk ke dalam peristiwa kesengsaraan Yesus dan kebangkitanNya.



















Umat Berarak mesuk ke gereja dengan daun palma












Daun Palma diberkati dengan percikan air berkat









Tridum Paska dimulakan dengan Perayaan Khamis Putih yang jatuh pada tanggal 1hb April 2010. Paderi yang melayani dalam perayaan Khamis Putih ini ialah Rev. Fr. Ronnie Luni.








Dalam perayaan ini mengenangkan kita akan Yesus yang melayani dengan penuh kerendahan hati dan dipenuhi kasih bilamana Yesus membasuh kaki para muridnya. Dalam peristiwa ini juga Yesus mengadakan perjamuan suci yang terakhir bersama murid-murid yang dikasihinya.


Yesus kemudian berdiam dan berdoa di taman Gatsemani sebelum diserahkan kepada para pembesar-pembesar untuk dibicarakan.








Membasuh dan mencium kaki muridnya dengan KASIH












Sakramen Mahakudus diarak keluar


















Jumaat Agung jatuh pada tanggal 2hb April 2010. Paderi yang melayani dalam perayaan ini ialah Rev. Fr. Ronnie Luni.



SALIB KUDUS diarak masuk






Dalam perayaan ini kita mengenangkan Yesus yang menderita sengsara semasa memikul salib menuju ke gunung Golgata dan sebelum Yesus wafat di kayu Salib. Yesus menebus dosa dunia dengan wafat di kayu salib.









Doa Kerahiman Ilahi sebelum Jumaat Agung


















KISAH SENGSARA YESUS










Rev. Fr. Ronnie Luni mencium salib kudus











Sabtu Suci adalah kemuncak bagi perayaan minggu suci ini jatuh pada tanggal 3hb April 2010. Paderi yang melayani dalam perayaan ini ialah Rev. Fr. Ronnie Luni.
Dalam perayaan ini kita mengenangkan kemuliaan Yesus yang bangkit dari wafatNya. Kita juga di bawa kepada kesyukuran yang besar kerana Yesus sudah bangkit dan hadir ditengah-tengah kita.

Selasa, 24 Ogos 2010

World Youth Day




Hari Belia Sedunia (World Youth Day) 28hb Mac 2010.

TKBK Paroki St. Patrick Membakut juga tidak melepaskan peluang untuk merayakan Hari Belia Sedunia ini yang juga jatuh pada Minggu Palma.

Tema bagi WYD 2010 diambil daripada Kolose 2:7 “Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur.”

Program ini dimulakan dengan lagu puji-pujian dan doa pembukaan yang dipimpin oleh Rev. Fr. Ronnie Luni selaku penasihat Rohani TKBK.

Rev. Fr. Ronnie Luni juga memberikan beberapa input mengenai tema WYD tahun ini sebagai santapan rohani belia.

Beberapa orang Belia senior dan veteran dijemput untuk memberikan perkongsian iman serta pengalaman mereka sepanjang melayani sebagai Belia d paroki ini. Antaranya ialah Pn. Paola Wong, En. Maximillian Maturin dan juga Cik Marciana Maturin.

Acara sukaneka diantara para belia juga turut diadakan pada sebelah petang bagi menyemarakkan lagi program ini.

Program ini diakhiri dengan doa penutupan yang dipimpin oleh pengerusi Belia Saudara Christopher Sintoh.




Rev. Fr. Ronnie memberikan input mengenai tema WYD



















Rev. Fr. Ronnie dan Pengerusi Belia bergambar bersama Belia Vateran dan senior








TKBK St. Patrick Membakut









ready... get set... GOOOOO






















Khusyuk mendengar arahan

Program BMK TKBK




KBK St. Patrick Membakut telah mengadakan BMK (Belia Masuk Kampung) bermula pada 28hb Febuari hingga 5hb Mac 2010. Program BMK ini diadakan adalah bagi mempromosikan KBK3 yang akan berlangsung di St. Theresa Tambunan pada 7hb-11hb Jun 2010.


Lokasi pertama bagi program BMK ini ialah di KUK St. Paulus Tamalang pada 28hb Febuari 2010.




bergambar bersama umat





Lokasi kedua bagi program BMK ini ialah di KUK St. Mary Paung pada 1hb Mac 2010.





Bergambar bersama umat



Lokasi ketiga bagi program BMK ini ialah di KUK St. Thomas Poring pada 2hb Mac 2010.









chapel St. Thomas Poring




Bergambar bersama umat




Lokasi keempat bagi program BMK ini ialah di KUK St. Philip Sinoko pada 3hb Mac 2010.







Bergambar bersama umat






Para AJK



















Lokasi terakhir bagi program BMK ini ialah di KUK St. Veronica Tiong Baru pada 5hb Mac 2010.










Bergambar bersama umat KUK St. Veronica Tiong Baru















Sedikit sinar kelegaan terpancar di wajah setiap AJK kerana berjaya menjalankan misi Progarm BMK ini. Semoga segala usaha yang dijalankan membuahkan hasil kepada semua.